Sebagai pengerusi kelab guru, aku akan ke ipoh untuk bergathering bersama2 seluruh pengerusi kelab guru satu perak kerana gomen nak bagi sumbangan kepada setiap kelab.
Boleh dikatakan geran yang diberi adalah sebagai menghargai pengorbanan guru2 satu perak.tapi aku tak pasti berapa jumlahnya-tak pe lah , berapa pun aku sauk! Orang mau kasik.. Apa lagi mau pikir-angkat saja la..
Cumanya hari ahad ni mungkin sesak time balik sebabkan cuti tahun baru cine. Aku kena lumor minyak takut cramp!
Mau pergi ke? Bior aku pikior dulu..
*aku rasa mungkin 4 juta sekurang2nya.-wah.-tinggi daya imaginasi aku.
Aku tidor dulu sebab niknokia dah 2 kali terlepas tangan!
Bersambung lagi. Peace!
SPENDA PINTAL GETAH
spenda pintal getah blog yang aku suka apa yang aku suka cakap. kalau dah payah nak dapat spenda... biarlah aku berselampit! HIDUP KEKADANG SELAMBA!
Sunday, January 29, 2012
Esok aku ke stadium indera mulia
Saturday, January 28, 2012
Musim sukan bermula
Awal2 tahun selain daripada penyediaan mengajar, aktiviti sukan pun dah bermula.sekarang ni kalau setakat akademik mantap Tapi kalau aktiviti koko tak aktif maka Agak sukar nak terpilih ke sekolah2 yang tersohor.Tapi bergantung pada rezeki juga!
Aku tahun ni pihak pemerintah tetapkan sebagai pengurus team Bola baling. Jadi coach utama buat latihan maka aku pun turut membantu.
Masa aku dah kena ejas. Danny, orang rumah uruskan ke kelas agama.. Waktu balik dia settlekan-tapi bermula minggu depan.-akan bertambah tugasnya.
Hari isnin; petang latihan Bola baling.
Hari selasa, aku ada Workshop ngan omputih.
Hari rabu: kokurikulum sampai 5 petang.
Hari khamis: kelas tambahan tahun 6b
Hari jumaat: latihan Bola baling
Dan kompom orang rumah akan letih sebegitu juga dengan Aku dan danny.
Dan malam baru aku buat Persiapan untuk esok.ratanya2 hari sabtu sahaja untuk aku berehat.ahad, buat Persiapan sekali lagi.
Tapi macam mana letih sekalipun, aku tetap bersyukur.
Wednesday, January 25, 2012
Ada 5 hari lagi
Ada 5 hari lagi untuk aku tahu penempatan yang gomen dah susun untuk aku sambung belajar. Hati ada 50/50, nak kata dah berumor sangat -aku Rasa idak le kut.uban tak berapa ada-kalau ada pun bulu idung je-takpe leh ejas.
Macam2 cete aku dengar-ada yang kata kalau berhenti separuh jalan nanti kena bayor balik kat gomen 80k.. Huhu mana nak cekau 80k.. Duit simpanan pun ada le beberapa puluh ringgit-jual spenda le aku.
Tapi bila aku tanya jiran sebelah meja, stazah, dia bagi pendapat siap ngan hadis2.-rasa semangat nak belajo tu ada.. Bila balik rumah.. Ketang dada, Rasa maleh pun ada.-sebab tu aku kata 50/50..
Aku masih mencari intipati untuk sambung belajar kerana minat atau pangkat (satu hari nanti).. Kalau soal minat.. Aku ada apply kursus bahasa korea/jepun/kantonis (asas komunikasi)dah lebih 10 tahun.. Dalam borang skt Tapi takde respon dari mana2 pihak..so terbantut le minat Aku tu.. Cuma ada beberapa patah perkataan yang boleh aku cakap:
1. Korea : tangan tang dada mata pandang ateh
2. Jepun: Ichiban
3. Kantonis: ng man tat
Tapi tak ngape.-sebab orang rumah aku dah fully support untuk aku sambung belajo-jadi hati ada Lega juga.
Disamping itu juga aku tengah nunggu kalau ada sesapa nak kasik aku sejuta.-opah aku dah janji nak bagi aku sejuta tak lama lagi-wow.. Bayangkan ada sejuta.
Aku tido dolo-sambil berangan.. Apa nak wat ngan sejuta tu.. Nak tukar not singgit2 ke atau not sepuluh singgit.. Banyak tu!
Satu ringgit.. 2 ringgit.. 3 ringgit... 4 ringgit...
Tuesday, January 24, 2012
Masa untuk pulang
Setelah 3 hari di rumah opah .. Tiba masa untuk pulang.. Balik ke tapah. Sebenarnya bukan nye jauh sangat Tapi 2012 ni jadual aku semakin sendat dan ketat.
Aku pernah berulang dari tapah (batu 14) ke ipoh selama 2 minggu-time tu aku belum kawin lagi-naik honda cub 70.. Aku setat bertolak dalam Kul 6 pagi dan sampai dalam Kul 7.30.. 2 minggu je aku mampu sebab lepas tu baru le terasa sakitnya satu badan..
Kemudian setelah aku berkahwin, aku cuba untuk sekurang2nya 2 minggu sekali untuk jenguk opah. Tapi untuk tahun ni aku tak pasti.. Samada boleh atau pun tidak.
Apapun aku akan curi2 masa untuk pulang juga ke ipoh. Bukan untuk aku sahaja Tapi juga untuk anak aku. Biar dia belajar dari tingkahlaku mak dan bapaknye walaupun dia tak faham Tapi sekurang2nye dia mengerti.
What you give , you get back..
SKL TalkDELICIOUS
Monday, January 23, 2012
Nokia bluetooth bh503
Kira2 2/3 tahun lepas aku beli headphone nie nokia macam tajuk kat atas tu. Bunyinya memang best! Pairing ngan mana2 henset pun Ok. Superb!
Layan lagu.. Movie terasa dentumannya-masa tu harganya rm450... Aku pair ngan music xpress 5800.. Aku beli time tu harganya rm1.5k kalau tak silap-baru keluar dalam sebulan kat universe.Tapi guna sebulan je sebab aku teringin nak try henset lain.
Headphone nie kita leh pairkan ngan Laptop juga.-sebenarnya aku cuba banyak kali Tapi takleh banyak kali gak.-lastnya merata2 le headphone ni aku letak..
Setelah 2/3 tahun baru le boleh aku pair ngan Laptop.. Baru je minggu lepas.-ikutkan hati sebelum ni nak aku campak dalam kotak kapsul aku tu.. Bior peram lama2...
Rupa2nya aku kena instal satu driver bluetooth dari broadcom.. Lepas tu baru leh guna ngan Laptop..
Headphone ni kena charge dan bateri dia tahan lama.. Bayangkan walaupun dah bertahun, aku masih boleh layan berjam2...
Walaupun tak semantap monster beat yang memang bergegar tu.. Headphone ni memang value For money...
Penahannya adalah dileher jadi tidak le berapa nampak sebab leh kaver ngan kolar baju.. Takde le macam headphone lain yang Udah ghope traffic controller kat airport tu!
Memang kemas.. Segak dan bergaya.. Masa aku jogging kat taman malaysia ( tapah ) aku layan lagu sekali.. Aku dan larian bersatu seirama.. Tak sedar dah habis satu pusingan.. Kemudian aku layan laksa/mee rebus makcik kat medan selera yang gemor berbaju kelawor...
Kepada yang nak mencuba.. Kat lelong.com ada dijual headphone nokia bh503..
Harganya.. Kurang dari rm100! Untung le sapa yang beli dulu..
Selamat berbluetooth !
Pos Spenda Popular
-
1987 SAB kg pandan. Aku berpindah ke kuala lumpur pada tahun 1987 dan tinggal di kem sungai besi. Untuk bertukar ke sekolah ini..-amat...
-
Tiada tempat yang paling segar dan tenang melainkan berada di dalam masjid. Dah banyak tempat aku sampai... Masjid tetap nombor 1.... Mu...
-
2010 astro beyond 1990 panggung over hari ni orang astro datang nak pasang astro beyond yang aku order dua minggu lepas. Dah lama a...
Blog Archive
-
▼
2012
(26)
-
▼
January
(26)
- Esok aku ke stadium indera mulia
- Timelaps
- Musim sukan bermula
- Ada 5 hari lagi
- Masa untuk pulang
- Nokia bluetooth bh503
- Adil dan saksama 1 malaysia 1 fair husband
- Balik ipoh
- JP GAULTIER LE MALE
- Tahun baru cina
- Kssr bahasa inggeris
- Tawaran degree sambung belajar
- Kellie's castle sony workshop
- shabu - shabu stimboat manjung
- hotel putra lumut versi december 2011
- cabaran buat aku
- danny demam
- Fb dan remaja
- Fb dan tanpa tibi
- Jawi
- Kasih dah harapan ibu
- Sekolah agama rakyat kem jalan pahang
- Persiapan memulakan amanah
- Last day untuk danny dan ps2 nye..
- tahun baru ke kuala kangsar
- SELAMAT TAHUN BARU 2012
-
▼
January
(26)
-
►
2011
(460)
-
►
December
(28)
- buku belajar asas dslr itu mudah
- Azam 2012
- Aku Rasa aku dah kurang gayat
- boyan pusing
- teluk senangin
- Ke lata kinjang
- Taklimat spba.
- bapa tunggal 8-5
- Aku ke kuala woh
- disember 2011 gaji dan bonus
- kentut wangi
- modem baru
- kualiti taim stack them
- rambutan
- kait rambutan di changkat petai
- Tesco kampar
- time to ponder
- i want to break free
- spaghetti
- huawei ideos s7 aku root kan juga...
- lumut atau kuala woh
- headphone monster
- sesi tt bersama sony a77 dan nex 5
-
►
December
(28)
LAMAN BLOG AKU YANG LAIN
-
-
ezyreload shafaries promosi - Mulakan perniagaan prepaid anda dengan hanya rm30! Sahaja... dan kredit permulaan sebanyak rm10 percuma untuk anda! Sms "info" ke 0142584104 Ezyreload...4 weeks ago
-
poison letter - this people share many times.. i also not sure whos the writer.... i got this from facebook...9 months ago
KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)
-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..
download di bawah
1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr
2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.
*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..
* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..